Selamat Datang kE dUnia Bola Jaring SBp.^_^

Wednesday, June 15, 2011

::Informasi Kejohanan::

::PENDAHULUAN::
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping telah diberi penghormatan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Jaring Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Bawah 16 Tahun Peringkat Kebangsaan Kali Pertama tahun 2011. Kejohanan yang julung kali diadakan ini akan melibatkan penyertaan pelajar perempuan sahaja dari semua SBP di seluruh Malaysia sebanyak 54 pasukan. Amatlah diharapkan kejohanan ini akan melahirkan bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan dalam peringkat permainan bola jaring yang lebih tinggi.

::OBJEKTIF KEJOHANAN::

-Mencungkil bakat dalam kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dalam permainan bola jaring
-Menanam minat pelajar-pelajar SBP dalam permainan bola jaring
-Memupuk semangat kesukanan dan kesetiakawanan dalam diri pelajar-pelajar SBP khasnya dan warga pendidik SBP amnya
-Melahirkan pemain-pemain bola jaring daripada kalangan pelajar SBP yang dapat menyumbang kecemerlangan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.